MENGENAI KKGLMSM

SEJARAH KKGLMSM

Idea penubuhan dicetuskan oleh pemimpin masa lampau yang berpandangan jauh setelah dibahaskan dalam mesyuarat Exco KKGLMSM bertempat di SK.Batu 2, Jalan Batu Kuala Lumpur pada tahun 1992. Namun begitu koperasi KKGLM (M) Bhd didaftar secara rasmi pada Januari 1994 di Kota Bharu Kelantan.
Keanggotaan adalah milik mutlak KKGLMSM di mana Ahli kesatuan secara automatik menjadi Anggota koperasi dengan yuran bulanan sebanyak RM 6.00 sebulan.
Pejabat pertama di wisma Habsah Jalan Sultanah Zainab. Dibantu oleh 3 orang staf sokongan dan 15 orang Anggota Lembaga.Kemudahan Pinjaman diawal penubuhan ialah RM 1000.00 pinjaman kecemasan dengan caj perkhidmatan 10% dan RM 5,000.00 Pinjaman Biasa dengan caj perkhidmatan 5%.kaunter tunai pada setiap hari sabtu dengan kemudahan pinjaman kecemasan 1000.00.
Pada Bulan September 2006 koperasi berpindah ke pejabat baru, bangunan kepunyaan sendiri di alamat sekarang. Aras 1 & 2, Bangunan Koperasi KKGLM,Lot 286, Seksyen 22, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

MISI
1. MEMBERIKAN  PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI
2. MEWUJUDKAN  SISTEM  PENGURUSAN YANG  TELUS  DAN  AKAUNTIBILITI
3. MENJUNJUNG  DASAR  KOPERASI NEGARA

VISI
KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD MENYEDIAKAN  PERKHIDMATAN  YANG CEKAP  DAN  TELUS  BAGI  MEWUJUDKAN SUASANA  CERIA  DAN RASA PUAS  HATI DI KALANGAN ANGGOTA  SEKALIGUS MEMBANGUNKAN  KOPERASI  SUPAYA TERUS  CEMERLANG  SEPANJANG  ZAMAN.

PIAGAM
BERHEMAH, MESRA, TELUS DAN MENEPATI MASA ADALAH AMALAN KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD

No comments:

Post a Comment