Friday, 14 October 2016

INSPIRASI II : KEKAYAAN, KEJAYAAN DAN KASIH SAYANG


Seorang wanita mahu keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk di halaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, "Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada di rumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar".

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," jawab mereka.

"Mengapa begitu?" tanya wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi." Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara
tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada
isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Di mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Pengajaran cerita : Kasih sayang merupakan perkara pokok dalam kehidupan seharian kita. Walau betapa kaya atau berjaya seseorang itu, dia tidak mungkin akan hidup bahagia dan gembira tanpa kasih sayang yang memberi makna kepada semua itu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, 4 October 2016

CARIAN SURAT PEKELILING


Bagi guru-guru yang mencari surat pekeliling berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia, berikut merupakan laman carian yang boleh digunakan. Semoga bermanfaat.


Sunday, 2 October 2016

INSPIRASI 1 : TEMPAYAN RETAK


Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua ujung sebuah pemikul yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah air yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang tepi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Pengajaran : Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat menjadi sebahagian keindahan Tuhan. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita akan menemukan kekuatan kita. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, 1 October 2016

SALAM MAAL HIJRAH 1438H


KKGLMSM Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438H. Semoga kita bersama-sama berhijrah menjadi lebih baik pada masa akan datang.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, rugilah orang yang hari ini sama seperti hari semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam".

KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG KKGLMSM 2016


KKGLMSM telah mengadakan Kursus Pembinaan Laman Blog KKGLMSM 2016 bertempat di Hotel Rossa Pasadena Cameron Highland pada 30.9.2016 - 2.10.2016. Seramai 4 orang wakil KKGLMSM cawangan Pulau Pinang telah menghadiri program ini iaitu Encik Azuan (PPD SPS merangkap Timbalan Pengerusi KKGLMSM Cawangan Pulau Pinang), Encik Ismail (SK Jelutong Barat), Encik Zamri (SK Sungai Dua) dan Encik Zuhairi (SMK Methodist Nibong Tebal). Turut hadir mewakil negeri ialah Pengerusi KKGLGSM Cawangan Pulau Pinang, Tn. Hj. Ibrahim Bin Zainal dan Setiausaha KKGLMSM Cawangan Pulau Pinang, Encik Abdul Ghani Bin Md Idris.




Semoga dengan terbinanya laman blog KKGLMSM Cawangan Pulau Pinang dapat menyebarluaskan maklumat berkaitan kesatuan kepada semua anggota terutamanya dari negeri Pulau Pinang.

SELAMAT DATANG